tekan sahaja

Thursday 8 December 2011

pernahkah anda ......?


sources from google [boleh klik untuk tumbesaran:D]

tahukah anda peritnya Rasulullah SAW ketika menyebarkan islam ?
tahukah anda susahnya Rasulullah SAW ketika hendak membawa KITA SEMUA ke jalan yang lurus ?
tahukah anda payahnya Rasulullah SAW semasa menjalankan perintah ALLAH menyebarkan agamaNya ?
tahukah anda bahawa Rasulullah SAW berusaha membawa semua umatnya ke jalan yang benar , jalan yang diredhai Allah , jalan yang menuju ke syurga ?

Rasulullah berusaha mengembangkan islam .

Tahukah anda bahawa Rasulullah dicaci ?
tahukah anda bahawa Rasulullah dimaki ?
tahukah anda bahawa Rasulullah dibenci ?
tahukah anda bahawa Rasulullah ditertawakan
Orang arab jahiliah ketika itu tidak mahu menerima ISLAM . Rasulullah dicaci , dihina , dibenci , dijadikan bahan ketawa . 
tetapi akhirnya Islam telah tersebar dengan luas

 

sekarang ....Anda islam . anda muslim .
cuba kita lihat kembali gambar yang saya letakkan di atas . 
cuba kita muhasabah diri kita . 

Pernahkah anda sendiri mentertawakan orangorang yang berpakaian sedemikian apabila anda melihat mereka ?
pernahkah anda melihat orang orang yang berpakaian sedemikian dihina ? dijadikan bahan ketawa ? dijadikan bahan umpatan ? 
pernahkah anda merasakan orangorang yang berpakaian sedemikian pantas dipandang hina ? kuno ? tidak mengikut fesyen terikini dll ? 
 
cuba kita lihat dunia pada masa kini . apabila melihat orang yang berpakaian sedemikian cuba memberi nasihat dan bimbingan islam , apa yang kita kata ?
"nak berDakwah lah katakan""bajet alim je"
"dah la tak trendy langsung !"
"macam baik sangat"
"macam la aku ni jahat sangat nak nasihat itu ini"

#perkara sebegini memang ADA pada masa kini .

kenapa kenapa  ? kenapa wahai sahabatku ? kenapa perkara ini berlaku sekarang ? seolaholah zaman jahiliah itu adalah sekarang . kenapa perlu mentertawakan mereka yang ingin membantu anda ke jalan Allah ?

kerana sekarang AKHIR ZAMAN . percayakah anda dunia akan kiamat ? tahukah anda anda akan MATI ? kiamat itu pasti . banyak surah yang menggambarkan hari kiamat itu . (surah al qaariah , al zalzalah , al waqiah)

sekarang sudah AKHIR ZAMAN wahai sahabatku . ayuh bangkitlah . kekuatan usah ditunggu ! TETAPI HARUS DIBINA !


#renungrenugkanlah dan selamat beramal !

TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

No comments:

Post a Comment