tekan sahaja

Saturday 24 December 2011

Resdung.. Apa ubatnya ?


Sebenarnya di antara kita ni, semua ada resdung.

Cuma ulat resdung tu aktif atau tak.

Resdung atau "Sinus" boleh diubati dgn ayat2 al-Quran..

Cara-caranya  :-

  • Dgn basuh hidung waktu ambil wuduk pun boleh ubati penyakit ni.

  • Waktu basuh muka boleh lah kita amalkan baca surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, dan Surah Al-Fussilat potongan dari ayat 44.. yang bermaksud (al-Quran adalah petunjuk dan penyembuh bagi orang2 yg beriman)

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba. Jika tidak berminat, abaikan sahaja, kerana tiada paksaan dari BADAR MRSM Kuantan :]




                                             


**Perkongsian ilmu oleh : Ust. Syarhan (Tanyalah Ustaz: Perubatan Islam)



TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

Sunday 18 December 2011

Cara Berdiet Tanpa Berlapar ?


Mungkin post2 sblum ni menyentuh sensitiviti kaum. Hamba mohon maaf :)
Maklumlah, idea mencurah-curah mmg tak boleh nak control tgn ni menaip.
(Bajet la kau shifa :P)

"Macam mana nak kurus ni ?"
Sebenarnya mmg susah nak kurus.
Benda ni lah yg pernah saya amalkan utk mengurangkan berat badan dahulu.
Tapi kalau kita konsisten dlm pemakanan dan senaman..

Mesti boleh punya!

Mula2, jgn berlapar. Makan apa yang diperlukan utk badan je. Bakar balik kandungan kalori  mknn yg dah kita makan. Kalau nak sgt makan burger contohnya, boleh je :) Tapi kena "workout" balik utk bakar segala kalori tu.





 Lps tu, jgn suka "mengenyoh"(mknn2 berlemak yg kita makan lps wktu mkn yg sepatutnya).
Sebab mknn tu la yang buat kita rasa tak kenyang2. haha :D


Benda pertama Syue cari dkt KoOp



Makan buah dulu sblum makan mknn yg berat. Anda boleh mencuba pelbagai jenis buah spt ( epal, oren, limau gedang, beri, anggur) sebab buah ni boleh mempercepatkan pembakaran lemak atau bahasa lainnya (tingkatkan metabolisme tubuh badan)





strawberi. Lain2 beri pun boleh cuba

an apple a day, makes the doctor away





Yang ni drpd kakak saya.
Kunyah lama2(biar smp lumat semua mknn dlm mulut), barulah kita telan. Kan lagi senang proses pencernaan tu. Kalau nak kunyah sampai 40 kali pun takpe (haha :D ,tapi nanti kena marah lah pulak sbb lambat).




Ataupun,
berpuasa sunat. Selain boleh melenyapkan nafsu.. boleh dapat pahala lagi (:
Tapi kita puasa kena niat kerana Allah, bukan sebab nak kurus semata-mata.



Biarlah org kata kita ni obses nak kurus ke..apa ke..Biarkan sahaja :)  Asalkan kita amalkan cara hidup sihat.

~Sekian sahaja drpd saya~




TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

Friday 9 December 2011

KINDNESS Pays...





One day, a poor boy who was selling goods from door to door to pay his way through school, found he had only one thin dime left, and he was hungry.

He decided he would ask for a meal at the next house. However, he lost his nerve when a lovely young woman opened the door. Instead of a meal he asked for a drink of water. She thought he looked hungry so brought him a large glass of milk. He drank it slowly, and then asked, "How much do I owe you?"

"You don't owe me anything," she replied


"Mother has taught us never to accept payment for a kindness." He said.... "Then I thank you from my heart."

As Howard Kelly left that house, he not only felt; stronger
physically, but his faith in God and man was strong also. He had been ready to give up and quit.

Years later that young woman became critically ill. The local doctors were baffled. They finally sent her to the big city, where they called in specialists to study her rare disease. Dr. Howard Kelly (gynecology) was called in for the consultation. When he heard the name of the town she came from, a strange light filled his eyes.


Immediately he rose and went down the hall of the hospital to her room.

Dressed in his doctor's gown he went in to see her. He recognized her at once. He went back to the consultation room determined to do his best to save her life.


From that day he gave special attention to the case.

After a long struggle, the battle was won. Dr. Kelly requested the
business office to pass the final bill to him for approval. He looked
at it, then wrote something on the edge and the bill was sent to her
room.


She feared to open it, for she was sure it would take the rest of her
life to pay for it all. Finally, she looked, and something caught ;
her attention on the side as She read these words.....

"Paid in full with one glass of milk." (Signed) Dr. Howard Atmond Kelly.

Tears of joy flooded her eyes as her happy heart prayed: "Thank You, GOD, that Your love has spread abroad through human hearts and hands.











TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

Thursday 8 December 2011

pernahkah anda ......?


sources from google [boleh klik untuk tumbesaran:D]

tahukah anda peritnya Rasulullah SAW ketika menyebarkan islam ?
tahukah anda susahnya Rasulullah SAW ketika hendak membawa KITA SEMUA ke jalan yang lurus ?
tahukah anda payahnya Rasulullah SAW semasa menjalankan perintah ALLAH menyebarkan agamaNya ?
tahukah anda bahawa Rasulullah SAW berusaha membawa semua umatnya ke jalan yang benar , jalan yang diredhai Allah , jalan yang menuju ke syurga ?

Rasulullah berusaha mengembangkan islam .

Tahukah anda bahawa Rasulullah dicaci ?
tahukah anda bahawa Rasulullah dimaki ?
tahukah anda bahawa Rasulullah dibenci ?
tahukah anda bahawa Rasulullah ditertawakan
Orang arab jahiliah ketika itu tidak mahu menerima ISLAM . Rasulullah dicaci , dihina , dibenci , dijadikan bahan ketawa . 
tetapi akhirnya Islam telah tersebar dengan luas

 

sekarang ....Anda islam . anda muslim .
cuba kita lihat kembali gambar yang saya letakkan di atas . 
cuba kita muhasabah diri kita . 

Pernahkah anda sendiri mentertawakan orangorang yang berpakaian sedemikian apabila anda melihat mereka ?
pernahkah anda melihat orang orang yang berpakaian sedemikian dihina ? dijadikan bahan ketawa ? dijadikan bahan umpatan ? 
pernahkah anda merasakan orangorang yang berpakaian sedemikian pantas dipandang hina ? kuno ? tidak mengikut fesyen terikini dll ? 
 
cuba kita lihat dunia pada masa kini . apabila melihat orang yang berpakaian sedemikian cuba memberi nasihat dan bimbingan islam , apa yang kita kata ?
"nak berDakwah lah katakan""bajet alim je"
"dah la tak trendy langsung !"
"macam baik sangat"
"macam la aku ni jahat sangat nak nasihat itu ini"

#perkara sebegini memang ADA pada masa kini .

kenapa kenapa  ? kenapa wahai sahabatku ? kenapa perkara ini berlaku sekarang ? seolaholah zaman jahiliah itu adalah sekarang . kenapa perlu mentertawakan mereka yang ingin membantu anda ke jalan Allah ?

kerana sekarang AKHIR ZAMAN . percayakah anda dunia akan kiamat ? tahukah anda anda akan MATI ? kiamat itu pasti . banyak surah yang menggambarkan hari kiamat itu . (surah al qaariah , al zalzalah , al waqiah)

sekarang sudah AKHIR ZAMAN wahai sahabatku . ayuh bangkitlah . kekuatan usah ditunggu ! TETAPI HARUS DIBINA !


#renungrenugkanlah dan selamat beramal !

TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

KEMUSYKILAN TENTANG SOLAT

Mungkin ada sebahagian [kalau takde baguslah] drpd kita yg keliru adakah bacaan-bacaan dlm solat mesti dibaca atau dilintaskan dalam hati sahaja ??

Saya baru mendapat kepastian drpd Ust. Zaharuddin[tanyalah ustaz],
Jawapan drpd ust ialah kita mesti membaca setiap bacaan iaitu alfatihah, surah lazim, mahupun rukuk sujud dan sbgainya..perlu dibaca [mksudnya dgn mulut]


'Solatlah kamu seperti Rasulullah solat'


P/s: Di sini dpt disimpulkan bahawa Rasulullah membaca bacaan2 tersebut, bukannya melintaskan dalam hati :) Jadi, contohilah Rasulullah dlm apa jua perkara dlm KEHIDUPAN ini..



TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

Solat Di Awal Waktu

WAKTU SUBUH
  • Sbg contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
  • Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
  • Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
  • Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
  • Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
  • Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
  • Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonans (resonance yg dlm chapter fizik tu) pada waktu rukuk dan sujud.
'Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.'

P/s: Marilah sama-sama kita bangun subuh awal pg. Bukan berjaga smp ke subuh.. boleh membahayakan kesihatan.. [sbg ingatan utk saya jg]





TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

Ayat-ayat al-Quran yg mujarab dijadikan doa

Walaupun Allah tahu apa yang terdetik di hati kita,
namun Allah masih ingin mendengar suara kita yg ingin mengadu kepada-Nya :)

Amalkan ayat-ayat di bawah supaya Allah sentiasa memberi kejayaan dan kemenangan kepada kita :

~ Surah Al-Fath (Ayat 1-4)
~ Surah Al-Fath (Ayat 29)


TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

Wednesday 7 December 2011

Perempuan Berambuat Pendek ??

Apa PANDANGAN Islam ?

~ Islam menegah perempuan memotong rambut pendek sehingga menyerupai lelaki
~Hadis Rasulullah SAWmelaknat wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang meyerupai wanita (:
RIWAYAT ABU DAUD DAN ALTIRMIZI
~Para isteri nabi menipiskan sedikit rambut di kepala mereka, sehingga menjadi 'wafrah' [iaitu rambut yg tidak melebihi telinga].

P/s: Otak dikurniakan Allah utk berfikir. Jadi fikir-fikirkan lah ....

TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

Tuesday 6 December 2011

Mencari hidayah Allah yang pasti

Kisah ini dipetik drp kejadian yg membuatkan rmai pihak tidak berpuas hati :::

Seseorang itu pernah brbalas-balas pendapat dgn saya tentang kes mak zina anak,,
lalu dia memberi pndagan bahawa kita tidak harus condem 100 % apa yg dah mereka lakukan,
sebaliknya mendoakan supaya mereka akan mendapat hidayah Allah, seterusnya berubah ke jalan kebaikan..
insyaallah.

Jgn kita sangka sesiapa yang kurang sempurna penutupan auratnya itu akan terus berpegang dgn amalannya.. Mungkin kita yg menutup aurat ini suatu hari akan disesatkan oleh Allah SWT dan tersasar dri jln yg benar.


P/s : Teruskan peranan anda sbg da'ie yg tidak putus asa berkongsi pngetahuan dgn org lain.. :D






TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

Monday 5 December 2011

Setitis Tinta.. Secebis kertas :D

Assalamualaikum..

SELAMAT DATANG KE BLOG BADAR MRSM KUANTAN :)

  • Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda di sini kerana pelbagai maklumat dan informasi terkini akan dikongsi bersama. 
  • Maaf dipinta kerana belum selesai sepenuhnya blog ini.
  • Sila kirimkan cetusan idea anda kepada blog ini ya.
  • Kerjasama anda sudah pasti dihargai kerana :
Jika anda menyumbang walau sedikitpun dalam pembangunan masjid, maka anda ialah orang yang turut sama mendapat keberkatan Allah S.W.T 

TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

Dialog Aku dan Tuhan


Suatu hari aku dan Tuhan menyeberangi jambatan. Aku takut dan bertanya pada Tuhan “Bolehkah aku menggenggam tangan-Mu agar aku tak kan jatuh ke dalam sungai, Tuhan?”
Tuhan berkata “Tidak, aku lah yang harus menggenggam tanganmu, anakku.”
Aku bertanya lagi “Apa perbezaannya?”

Tuhan menjawab “Jika kamu memegang tangan-Ku dan saat sesuatu terjadi, kamu boleh melepaskan peganganmu. Namun, jika aku yang memegang tanganmu, aku tak akan pernah melepaskanmu apa pun yang terjadi.”




p/s : Ini adalah gambaran semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia


TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

Duhai Hati, Janganlah Terkorban Dengan Dunia

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.
Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?
Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.
Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?
Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)


Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.
Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)


Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?
Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.
Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?
Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?
Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?
Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?


"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)


Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

:Jangan hiasi diri anda dengan sikap yang kurang baik seperti taman yg boleh dipijak begitu shj.
Sebaliknya jadilah seperti langit yang tidak pernah orang lain terfikir utk mencapainya: 
P/s: jadikan pedoman ye. Semoga org yg sentiasa berkongsi mendapat keberkatan Allah :D



TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

(:



TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

Sunday 4 December 2011

hijab penambah ketakwaan

Assalamualaikum .
Di sini saya persembahkan secebis kisah yang saya petik dari buku 'Wanita cantiknya dirimu bila berjilbab' yang mana kisah ini menggambarkan salah faham masyarakat tentang konsep hijab .


"saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya , Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berperlakuan seperti LELAKI . Ketika usianya 17 Tahun , perkembangan tingkah lakunya benarbenar membimbangkan ibu. Dia sering membawa temanteman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang, tambahan pula ibu merupakan guru Al-Quran . Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas m ibu telah meminta adik memakai tuung . Permintaan Ibu itu ditolaknya sehingga sering kali berlaku pertengkaran antara mereka . 

Pernah suatu hari , ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami . Sebuah keluarga yang mempunyai anak yang masih kecil . Suaminya bernama Abu Khoiri . Saya mengenalinya sewaktu di masjid . Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami , timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah , hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. 

Dia bertanya kepada saya "Abang , betul ke orang yang baru pindah itu , isterinya buta , bisu dan tuli ? ", lalu saya menjawab sambil lewa , "Kalau nak tahu sangat pergi rumah mereka , tanya sendiri." rupa-rupanya adik mengambil serius katakata saya dan benarbenar pergi ke rumah Abu Khoiri . sekembalinya sari rumah mereka , saya melihat perubahan ketara yang berlaku pada wajah adik . Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesu . Entah apa yang berlaku ? 

Namun selang dua hari kemudian , dia meminta ibu buatkan tudung . Tudung yang labuh . Adik pakai baju labuh , lengan panjang pula tu . Saya sendiri jadi bingung . Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib ! Ya , saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!


Tiada lagi anak anak muda atau kawankawan wanitanya datang ke rumah hanya untuk bercakap perkaraperkara yang tidak tentu arah . Saya lihat dia banyak merenung , banyak membaca majalah Islam (biasanya dia suka membeli majalah hiburan) dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya , baca Al-Quran , solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi , apabila kawankawan saya datang , dia menundukkan pandangan . Segala puji bagi Engkau wahai Allah SWT .

Tidak lama kemudian , saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan , kerja di satu perusahaan minyak CALTEX . Dua bulan saya bekerja di sana , saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat sehingga ibu memanggil saya pulang ke rumah . Dalam perjalanan , saya tak hentihenti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan , hanya itu yang mampu saya usahakan . 

ketika saya sampai di rumah , di depan pintu sudah ramai orang , hati berdebar debar , tak dapat ditahan. saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya . Dalam esak tangisnya ibu memberitahu "Dhi , adik boleh mengucapkan kalimah syahadah di akhir hidupnya." Air mata init tak dapat ditahan lagi . Setelah selesai pengebumian dan lainlain saya masuk ke bilik adik . saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari . diari yang selalu adik tulis . diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya . 

kemudian , diari itu saya buka sehelai demi sehelai hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan persoalan yang selalu timbul di hati ini . perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri . Di situ tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu .


butirannya seperti ini : soal jawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas air mata)


Annisa : aku hairan , wajah wnaita ini cerah dan bersinar seperti bidadari " Makcik , wajah makcik sangat muda dan cantik"


Makcik : Alhamdulillah , sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati .


Annisa  : tapi makcik kan dah ada anak nam , tetapi masih kelihatan cantik . 


Makcik : "Subhanallah , sesungguhnya keindahan itu milik Allah dan apabila Allah berkehendak, siapakah yang boleh menolaknya?"

Annisa : Makcik , selama ini ibu syaa selalu menyuruh saya memakai tudung tetapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok banyak wanita yang pakai tudung tetapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai tudung . pendapat makcik bagaimana?



Makcik : Annisa , sesungguhnya Allah menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan daripada hujung rambut hngga hujung kaki, segala sesuatu daripada tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita


Annisa : Tetapi yang saya tengok , banyak wanita bertudung yang kelakuannya tidak elok .


Makcik : Tudung hanyalah kain , tetapi hakikat atau makna di sebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami . Hakikat tudung adalah perlindungan ZAHIR BATIN . melindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu , melindungi lidah kamu daripada mengumpat orang dan bercakap perkara yang siasia . lazimilah lidah dengan zikir kepada Allah , lindungi telinga kamu daripada mendengar perkara perkara yang mengundang mudarat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu daripada mencium segala yang berbau busuk , lindungi tangantangan kamu daripada berbuat sesuatu yang tidak senonoh , lindungi kakikaki kamu daripada melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu daripada berfikir perkaraperkara yang mengundang syaitan untuk memperdaya nafsu kamu , lindungi hati kamu daripada sesuatu selain Allah , apabila kamu sudah biasa , maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu . itulah hakikat tudung.


Annisa : makcik , sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung . mudahmudahan saya mampu pakai tudung . Tapi , macam mana saya nak buat semua tu ?

Makcik : Duhai Nisa , apabila kamu memakai tudung , itulah kurniaan dan rahmat Allah yang Maha Memberi Rahmat . Apabila kamu mensyukuri rahmat itu , kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan amalan tudung sihingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah . 



Duhai Nisa , ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan . ketika ditiupkan sangkakala yang kedua. Pada saat roh roh manusia dibangkitkan seperti anai anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas , tanahnya daripada logam yang panas , tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita , ketika seluruh manusia ketakutan , ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya , saudara saudara tidak kenal antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga daripada segala sesuatu yang ada di alam ini .


ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak dan bermacam-macam rupa bentuk manusia yang tergantung amalan-amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan , ada yang berbentuk seperti haiwan . ada yang berbentuk seperti syaitan , semuanya menangis, menangis kerana hari itu Allah SWT murka . 


belum pernah Allah SWT murka sebelum dan selepas hari itu . sehingga ribuan tahun manusia dibiarkan oleh Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke timbangan mizan . hari itulah dipanggil hari hisab , Duhai nisa , apabila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini , entah apa yang nanti kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa , Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung iaitu Allah SWT .:
sampai di sini sahaja yang saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh daripada pelupuk matanya . Subhanallah , saya selak halaman berikutnya ada saya lihat tertera tulisan kecil di bawah tulisan itu , "BUTA , TULI dan BISU"wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya . wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah . Wanita yang tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan siasia . Tak tertahan air mata ini pun jatuh . Semoga Allah SWT menerima adikku di sisinya . Amin . Subhanallah . 

TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum (:

Alhamdulillah , Syukur kami panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya telah terhasil
Blog BADAR MRSM Kuantan

insyaallah , kami akan muatkan dengan bahanbahan yang berfaedah untuk santapan rohani kita semua. sekian
.



TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM