tekan sahaja

Thursday 19 September 2013

lama

lama tak mencoret.
bukan sengaja.
bukan niat mahu futur.
cuma, lama.
smpai lupa password . insyaallah , we'll be back with some friendly reminders as muslims :D

TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

Wednesday 14 March 2012

aku telah dikhitbah - bahagiakah akuu ?

bismilaah arrahman arrahim ....
LET THE STORY BEGIN.


Assalamu'alaikum wbt.Pasti pembaca sekalian(khususnya sodiqoh-sodiqoh yang mengenali diri ini)terkejut dengan berita ini.Mohon maaf kerana tidak memberitahu dan menjemput 
kalian.TETAPI,minta teruskan pembacaannya....syukran



Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya,namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.Iya,hanya beberapa minggu lalu.Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.Benar,aku berusaha berlapang dada.Terkadang,terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing,tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung.Maha Suci Allah yang mengangkat aku,meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.



Aku hanya seorang Solehah.Tiada kelebihan yang teristimewa,tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol.Jalan ku juga dua kaki,lihat ku juga menggunakan mata,sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah SWT ini.Aku tidak buta,tidak juga tuli mahupun bisu.Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah SWT,aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah SWT juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang.Sama seperti manusia lain.


Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani,aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti,aku juga bukan sebaik Saiyiddah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.Aku hanya seorang Solehah yang sedang menggembara di bumi Tuhan,jalanku kelak juga sama....Negeri Barzakh,insyaAllah.Destinasi aku juga sama seperti kalian,Negeri Abadi.Tiada keraguan dalam perkara ini.



Sejak dari hari istimewa tersebut,ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis.Aku hanya tersenyum,tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan.Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak,tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu.Sehingga kini,aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.



"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang..."Warna putih,bersih....."


"Alhamdulillah,ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu,4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah.Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini,aku menyelak satu persatu....helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah SWT.Malam Pertama....Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang,mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan,biarlah Allah SWT juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut.Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.Mudah-mudahan ya Allah.



Sejak hari pertunangan itu,aku semakin banyak mengulang al-Quran.Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu,aku sudah khatam al-Quran,setidak-tidaknya nanti hatiku tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh.Mudah-mudahan aku tenang....As-Syifa' aku adalah al-Quran,yang setia menemani dalam resah aku menanti.Benar,aku sedang memujuk gelora hati.Mahu pecah jantung menanti detk pernikahan tersebut,begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Solehah,siapa tunang akak?Mesti hebat orangnya.Kacak tak?"


Aku tersenyum,mengulum sendiri setiap rasa yang singgah.Maaf,aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu.Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang,kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


"InsyaAllah,'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah SWT.Itu yang paling utama."



Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku.Kta mereka,aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan.Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya nanti!"


Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya.Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum.Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah SWT.Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap masa terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran,tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku,agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafasku menanti hari itu.



"Bila ente menikah?"


Aku tiada jawapan khusus.



"InsyaALLAH,tiba waktunya nanti ente akan tahu....."Aku masih menyimpan tarikh keramat itu,bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!"Sumayyah tersenyum megah.


"Jika ente tak datang pun ana tak berkecil hati,doakan ana banyak-banyak!Itu saja pesanku.Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahanku,aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri.Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"InsyaAllah,kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti......"


Rahsia ku adalah rahsia Allah SWT,kerana aku tidak mampu memberikan tarikhnya.Cuma,hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya.Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara mengejut seperti orang lain.Semuanya aku cuba sedaya upaya siapkan,baju menikahnya,dan aku katakan sekali lagi pada ibu......



"Usah berlebihan ya....."


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu,hilang dari pandangan mata.


"Solehah,jom makan!"


Aku tersenyum lagi........Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


"Tafaddal,ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.


"Wah,Solehah diet ya.Maklumlah hari bahagia dah dekat.......Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet,mahu mengosongkan perut.Asifani,tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini,aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti.Asifani sahabiah,bersabarlah menanti hari tersebut.Aku juga menanti dengan penuh debaran,moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak.Doakan aku,itu sahaja.

........................................................



"Innalillahi wainna ilaihi rajiun....."


"Tenangnya.......Subhanallah.Allahuakhbar."


"Ya Allah,tenangnya....."


"Moga Allah SWT memberkatinya....."


Allah,itu suara sahabiah-sahabiah ku,teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya,aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian.Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.


Akhirnya,mereka mengetahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah SWT.
Akhirnya,mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya,mereka sama-sama mengambil 'ibrah' dari sosok 'dia' yang mengkhitbah aku.


Dalam sedar tidak sedar........


Hampir setiap malam menjelang hari pernikahan ku.......Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam,dalam sujud,dalam rafa'nya pada Rabbi,dalam sembahnya pada Ilahi.Sayup-sayup hatinya merintih.Air matanya mengalir deras,hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah,telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau.Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa,yang menyedarkan aku tentang dunia sementara,yang menyedarkan aku tentang alam akhirat.Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai,aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan.Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui......."


Akhirnya,Sumayyah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian.......


"Solehah bertunang dengan siapa mak cik?"


Ibu menjawab tenang......."Dengan kematian wahai anakku.Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan,kaki juga otaknya.Kata doktor,Solehah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuhnya."


"Allahuakhbar......"Terduduk Sumayyah mendengar,air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu,malam pertama......"


Ibu angguk,tersenyum lembut......"Ini nak,bukunya."Senaskah buku bertukar tangan,karangan Dr.Aidh Abdullah Qami tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur.'


"Ya Allah,patut la Solehah selalu menangis......Sumayyah tak tahu mak cik."


"Dan semenjak dari hari 'dikhitbah' tersebut,selalu Solehah mahu berpuasa.Katanya mahu mengosongkan perut,mudah untuk dimandikan......"


Sumayyah masih kaku.Tiada suara yang terlontar.Matanya basah menatap kalam dari diari Solehah yang dinerikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku telah di risik oleh MAUT.Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT.Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada Allah SWT.Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya,kerana ibuku bernama Umum Sulaim,baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH SWT yang perlu dipulangkan kembali bila Allah SWT mengkehendakinya.Dan ibu mengambil 'ibrah' bukan kerana namanya(Umum Sulaim)malah akhlaknya sekali.Umum Sulaim,seteguh dan setabah hati seorang ibu."





***Cukuplah kematian itu mengingatkan kita........Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia.Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal,oleh itu sentiasalah berwaspada.Bimbang menikah tergesa-gesa,tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih yang tak berharga.***
:copied from : siniii :)

TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

Thursday 26 January 2012

bidadari yang terlupa



Bismillahirrahmanirrahim..

Dia seorang bidadari,
cantiknya bukan pada luaran,
indah dirinya kerana Islam dan iman,

tetapi bidadari ini sering terlupa,
bahawa dirinya lebih mahal dari permata,
dirinya lebih diinginkan dari segala kekayaan dunia.

lalu bidadari ini ku lihat sering bersedih,
kerana dirinya tidak sebaik sahabat yang lain,
dirinya tidak rupawan seperti bulan di langit,
dirinya tidak seteguh gunung di bumi.

dia terlupa, dirinya sangat berharga.
dia terlupa, Allah tidak memandang paras rupa tetapi hatinya.
dia terlupa, bahawa penduduk di langit cemburukan dirinya,
kerana Allah begitu menyayangi bidadari yang terlupa ini.

wahai bidadari, sedarkah dirimu, kamu sangat berharga?
wahai bidadari, pandanglah hatimu, dan engkau akan temukan jawapannya di sana.
wahai bidadari, kekuatanmu bukan terletak pada jasad,tetapi pada jiwa yang mampu menahan beban dan ujian,
wahai bidadari, engkau mampu bertahan di atas sebuah kehilangan, tabah menanggung segunung kerinduan.
dan yang paling penting sekali wahai bidadariku,
kehilanganmu adalah keruntuhan sebuah masyarakat,
kehilanganmu, hilanglah seri di dunia yang singkat,
kehilanganmu, tiadalah lagi penyambung generasi ar rijjal.

Yakinlah wahai bidadari,
jika balasan untukmu bukan di sini, pasti di syurga firdausi,
lengkapkanlah ilmu di dadamu, jadilah seorang yang solehah dan muslihah,
seorang yang bisa membawa perubahan walau di dalam relung keadaan yang bagaimana sekalipun.
Allah pasti menemani. :) Insha-Allah.



source : http://srikandiasytari.blogspot.com/2012/01/bidadari-yang-terlupa.html

TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

bercinta ?


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."  (Surah An-Nuur, 27)

Aku berjalan kaki. Berjalan di atas tanah yang dihiasi dedaun kering. Hampir semua dedaun kering itu menjerit kesakitan apabila dipijak walaupun cuma tekanan daya yang perlahan. Berjalan dengan muka kosong dan pening kepala. Mungkin aku tersalah tidur sekali lagi .
Aku duduk di bangku kayu bersama teman imaginasi aku yang sukakan awan. Hairan. Entah kenapa sudah berumur lapan belas tahun tetapi masih lagi ada teman imaginasi .
Hairan juga sebab dia betul-betul sukakan awan. Aku masih lagi belum berani persoalkan kegemarannya berkenaan awan .
Ketika itu , mata teman imaginasi aku semakin liar menangkap awan di langit biru. Tangannya diregang ke atas , memicit langit untuk meraba awan yang laju bergerak . Gembira .
Namun , saat awan yang berbintik merah berlari laju ke telinga aku , terasa satu aura keberanian yang menyelaputi jasad . Muka yang kosong menjadi bernombor . Itu tandanya aku mahukan bicara
Awan itu lelaki baik ?

TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

Saturday 24 December 2011

Resdung.. Apa ubatnya ?


Sebenarnya di antara kita ni, semua ada resdung.

Cuma ulat resdung tu aktif atau tak.

Resdung atau "Sinus" boleh diubati dgn ayat2 al-Quran..

Cara-caranya  :-

  • Dgn basuh hidung waktu ambil wuduk pun boleh ubati penyakit ni.

  • Waktu basuh muka boleh lah kita amalkan baca surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, dan Surah Al-Fussilat potongan dari ayat 44.. yang bermaksud (al-Quran adalah petunjuk dan penyembuh bagi orang2 yg beriman)

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba. Jika tidak berminat, abaikan sahaja, kerana tiada paksaan dari BADAR MRSM Kuantan :]




                                             


**Perkongsian ilmu oleh : Ust. Syarhan (Tanyalah Ustaz: Perubatan Islam)



TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

Sunday 18 December 2011

Cara Berdiet Tanpa Berlapar ?


Mungkin post2 sblum ni menyentuh sensitiviti kaum. Hamba mohon maaf :)
Maklumlah, idea mencurah-curah mmg tak boleh nak control tgn ni menaip.
(Bajet la kau shifa :P)

"Macam mana nak kurus ni ?"
Sebenarnya mmg susah nak kurus.
Benda ni lah yg pernah saya amalkan utk mengurangkan berat badan dahulu.
Tapi kalau kita konsisten dlm pemakanan dan senaman..

Mesti boleh punya!

Mula2, jgn berlapar. Makan apa yang diperlukan utk badan je. Bakar balik kandungan kalori  mknn yg dah kita makan. Kalau nak sgt makan burger contohnya, boleh je :) Tapi kena "workout" balik utk bakar segala kalori tu.





 Lps tu, jgn suka "mengenyoh"(mknn2 berlemak yg kita makan lps wktu mkn yg sepatutnya).
Sebab mknn tu la yang buat kita rasa tak kenyang2. haha :D


Benda pertama Syue cari dkt KoOp



Makan buah dulu sblum makan mknn yg berat. Anda boleh mencuba pelbagai jenis buah spt ( epal, oren, limau gedang, beri, anggur) sebab buah ni boleh mempercepatkan pembakaran lemak atau bahasa lainnya (tingkatkan metabolisme tubuh badan)





strawberi. Lain2 beri pun boleh cuba

an apple a day, makes the doctor away





Yang ni drpd kakak saya.
Kunyah lama2(biar smp lumat semua mknn dlm mulut), barulah kita telan. Kan lagi senang proses pencernaan tu. Kalau nak kunyah sampai 40 kali pun takpe (haha :D ,tapi nanti kena marah lah pulak sbb lambat).




Ataupun,
berpuasa sunat. Selain boleh melenyapkan nafsu.. boleh dapat pahala lagi (:
Tapi kita puasa kena niat kerana Allah, bukan sebab nak kurus semata-mata.



Biarlah org kata kita ni obses nak kurus ke..apa ke..Biarkan sahaja :)  Asalkan kita amalkan cara hidup sihat.

~Sekian sahaja drpd saya~




TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

Friday 9 December 2011

KINDNESS Pays...





One day, a poor boy who was selling goods from door to door to pay his way through school, found he had only one thin dime left, and he was hungry.

He decided he would ask for a meal at the next house. However, he lost his nerve when a lovely young woman opened the door. Instead of a meal he asked for a drink of water. She thought he looked hungry so brought him a large glass of milk. He drank it slowly, and then asked, "How much do I owe you?"

"You don't owe me anything," she replied


"Mother has taught us never to accept payment for a kindness." He said.... "Then I thank you from my heart."

As Howard Kelly left that house, he not only felt; stronger
physically, but his faith in God and man was strong also. He had been ready to give up and quit.

Years later that young woman became critically ill. The local doctors were baffled. They finally sent her to the big city, where they called in specialists to study her rare disease. Dr. Howard Kelly (gynecology) was called in for the consultation. When he heard the name of the town she came from, a strange light filled his eyes.


Immediately he rose and went down the hall of the hospital to her room.

Dressed in his doctor's gown he went in to see her. He recognized her at once. He went back to the consultation room determined to do his best to save her life.


From that day he gave special attention to the case.

After a long struggle, the battle was won. Dr. Kelly requested the
business office to pass the final bill to him for approval. He looked
at it, then wrote something on the edge and the bill was sent to her
room.


She feared to open it, for she was sure it would take the rest of her
life to pay for it all. Finally, she looked, and something caught ;
her attention on the side as She read these words.....

"Paid in full with one glass of milk." (Signed) Dr. Howard Atmond Kelly.

Tears of joy flooded her eyes as her happy heart prayed: "Thank You, GOD, that Your love has spread abroad through human hearts and hands.











TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM