tekan sahaja

Thursday 26 January 2012

bidadari yang terlupa



Bismillahirrahmanirrahim..

Dia seorang bidadari,
cantiknya bukan pada luaran,
indah dirinya kerana Islam dan iman,

tetapi bidadari ini sering terlupa,
bahawa dirinya lebih mahal dari permata,
dirinya lebih diinginkan dari segala kekayaan dunia.

lalu bidadari ini ku lihat sering bersedih,
kerana dirinya tidak sebaik sahabat yang lain,
dirinya tidak rupawan seperti bulan di langit,
dirinya tidak seteguh gunung di bumi.

dia terlupa, dirinya sangat berharga.
dia terlupa, Allah tidak memandang paras rupa tetapi hatinya.
dia terlupa, bahawa penduduk di langit cemburukan dirinya,
kerana Allah begitu menyayangi bidadari yang terlupa ini.

wahai bidadari, sedarkah dirimu, kamu sangat berharga?
wahai bidadari, pandanglah hatimu, dan engkau akan temukan jawapannya di sana.
wahai bidadari, kekuatanmu bukan terletak pada jasad,tetapi pada jiwa yang mampu menahan beban dan ujian,
wahai bidadari, engkau mampu bertahan di atas sebuah kehilangan, tabah menanggung segunung kerinduan.
dan yang paling penting sekali wahai bidadariku,
kehilanganmu adalah keruntuhan sebuah masyarakat,
kehilanganmu, hilanglah seri di dunia yang singkat,
kehilanganmu, tiadalah lagi penyambung generasi ar rijjal.

Yakinlah wahai bidadari,
jika balasan untukmu bukan di sini, pasti di syurga firdausi,
lengkapkanlah ilmu di dadamu, jadilah seorang yang solehah dan muslihah,
seorang yang bisa membawa perubahan walau di dalam relung keadaan yang bagaimana sekalipun.
Allah pasti menemani. :) Insha-Allah.



source : http://srikandiasytari.blogspot.com/2012/01/bidadari-yang-terlupa.html

TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM

bercinta ?


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."  (Surah An-Nuur, 27)

Aku berjalan kaki. Berjalan di atas tanah yang dihiasi dedaun kering. Hampir semua dedaun kering itu menjerit kesakitan apabila dipijak walaupun cuma tekanan daya yang perlahan. Berjalan dengan muka kosong dan pening kepala. Mungkin aku tersalah tidur sekali lagi .
Aku duduk di bangku kayu bersama teman imaginasi aku yang sukakan awan. Hairan. Entah kenapa sudah berumur lapan belas tahun tetapi masih lagi ada teman imaginasi .
Hairan juga sebab dia betul-betul sukakan awan. Aku masih lagi belum berani persoalkan kegemarannya berkenaan awan .
Ketika itu , mata teman imaginasi aku semakin liar menangkap awan di langit biru. Tangannya diregang ke atas , memicit langit untuk meraba awan yang laju bergerak . Gembira .
Namun , saat awan yang berbintik merah berlari laju ke telinga aku , terasa satu aura keberanian yang menyelaputi jasad . Muka yang kosong menjadi bernombor . Itu tandanya aku mahukan bicara
Awan itu lelaki baik ?

TERIMA KASIH kerana membaca ! ASSALAMUALIKUM